Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum Kalian semua.Kalian lagi ngapain ?Lagi ngomong ya? Okey laa,Macam mana hari weekend kalian semua ? Kalau aku,Alhamdulilllah ,so far okey and bersyukur sebab dapat spend time dengan family and girlfriends aku semua tapi cuma tu larh masalahnya,bila dia dah balik rumah dia rasa macam liat nak balik Kolej Balik tambah adik kesayangan kau balik.Eceh ayat dia ! Kesayangan tak kesayangan aku tetap balik je rumah Seremban tu .Tambahan dengan cuaca yang agak mendung di Ampang ini umpama mengetahui hati owner blog nie membuak nak balik . Hahahaha.Godiksss laaa haih.Padahal baru je balik rumah jumaat lopas.Jadi,untuk mengelakkan rasa sodih and rindu kat rumah and family tercintun aku curi larh masa untuk update blog yang tak berapa menarik nie *Padahal aku dah buat yang terbaik untuk menarik korang baca apa yang aku update* Dia macam ter ada idea nak update apa sebab tu larh jari nie dok rajin menaip nak ngadap laptop.Kalau tak memang takkan ada larh aku nak update tambahan aku pun nak dekat final exam dah and nak selesaikan assignment Pengajian Malaysia aku. Dengan midtermnya. Nasib tu semua tanggungjawab bagi seorang pelajar . Eceh , nak sedapkan hati je kononnya tu .
Daripada aku terus merepek dekat blog nie better aku taip apa tujuan aku nak post entry nie . Ianya berkaitan BAHASA ARAB . Agak agak ada tak yang tertanya kenapa aku nak cakap berkaitan Bahasa arab sedangkan aku punya Bahasa arab pun tak berapa cemerlang . Cerita dia begini , ia macam renungalah kiranya.
Terlintas sebenak dekat mind aku tadi , kenapa aku perlu terkejar kejar and nak perfect dalam Bahasa Inggeris sedangkan bahasa arab aku masih lagi terkontang kanting . Bila orang tanya kau dok lopong je . Dekat sini aku bukan nak cakap Bahasa Inggeris tu tak penting tapi bila kita menuntut ilmu di sini mean dekat Kolej aku nie , Bahasa arab itu lebih penting berbanding bahasa Inggeris . Bayangkan ,dekat sini kau belajar Kitab kitab hadis , buku dalam karangan bahasa arab tambahan kadangkala tiada baris dalam satu kitab arab itu . Jadi , kita perlu belajar dan juga perlu kita tahu ik'rab semua tu . Dan bertambah seronoklah kita jika kita mengetahui segala maksud maksud arab apa yang kita baca and belajar itu . Tak seronok kawan kawan ?Bahasa Arab ini kan bahasa Al Quran. Tak ke indah apabila kita semua membaca Al Quran pada masa yang sama juga kita mengetahui maksud maksud setiap ayat Al Quran itu? Plus ,duduk dekat area Ampang nie dia macam banyak foreigner .Bukan macam tetapi realitinya memang ramai foreigner are sini.Foreigner pulak kebanyakkannya orang Arab .So,bila dah ada foreigner area area sini, tiba tiba pulak ada je benda dia nak tanya , Tak ke gelabah dan terkontang kanting kita nak balas pertanyaan orang itu.Sedangkan dia ingat kita tahu bahasa Arab sebab kita nie kolej Islam . Actually ,Pernah je beberapa kali berlaku kan. Contohnya kau naik lif apartment then ada perempuan Arab/Mat salleh tanya apa notis yang ditampal kat lif tu ,Apa kau nak jawab? Kalau orang yang fasih and teror speaking arab tu mudah laaa . Nie kita asas pun takde . Kalau speaking orang putih nie kira senang lagi tau . Tak susah dan tak mudah.
CONTOHNYA INI LAA KAN !
Alhamdulillah aku ada asas Arab since sekolah rendah lagi .So boleh larh jawab sikit sikit. Eeh sombong pulak kau nie . Hahaha *Chill*.
So , moral of the story, Susah mana sekalipun Bahasa Arab itu , kita kena paksa untuk minat and cuba untuk belajar bahasa yang mulia ini . Cari inisiatif sendiri how to improve your arabic . Contohnya , kau hafal mufradat ke? Belajar bertutor ke ? At least kalian ada cara untuk meningkatkan penguasaan bahasa Arab kalian . Aib bagi kita ini seorang penuntut ilmu tidak tahu Bahasa Arab. HAH ! bahasa omputih nie kalian jangan lupakan pulak . Dia kena balanca . Kalau kalian dah mahir dan fasih bertutur dalam Bahasa Arab tanpa terbelit lidah , kalian kena tingkatkan penguasaan dalam Bahasa Inggeris pulak ye .
Belajar banyak bahasa nie seronok sebenarnya kawan kawan . Kalian bayangkan kalian boleh jadi translator apabila ada ulama yang datang ke sini ke , Foreigner korea ker , Artis korea ker . Takke bangga kalian fasih bertutur bahasa mereka sebab tahu language dorang. Tapi nak tahu semua languange negara asing memang payah larh kan . Kita amik step by step dulu . Main point kat sini , kita improvekan Bahasa Arab kita terlebih dahulu ye .
Selamat Mencuba dan Semoga berfasih dalam Bahasa Arab .
Selamat beramal !
.jpg)
No comments:
Post a Comment