Thursday, 11 April 2013

Random Story

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum kepada semua muslimin wa muslimat . Kaifa halukum ya jamian ? Aiwahh ! Berbahasa arab larh pulak aku nie . Hehe . Haii uolls . I'm back . Waving hand *pretend like blogger famous pulak* Lol ! Agak berhabuk and bersawang jugak larh aku punya blog nie . Maaf ye kepada siapa pembaca tegar blog saya . *Ada ke ? * Haha . Maaf Lama nau tak buat entry baru . Malas nak type and takde idea . Lagipun busy dengan kerjaya suri rumah nie . Hahaha . I mean melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Kakak bukan Isteri . Lol ! *stop nonsense Ena*
So , sebelum uolls malas membaca blog saya kerana penuh dengan bebelan saya nie , lebih baik saya teruskan apa yang terbuku and terpendam di dalam diri nie . Perghh ! Ayat nak kelas je aku nie . kihkih . Mohon uolls jangan marah .

SPM RESULT .

Okeyh , Di kesempatan ini , Saya ingin mengucapakan TAHNIAH kepada semua calon Spm 2012 yang berjaya memperolehi keputusan Spm 2012 yang cemerlang . TAHNIAH again .


And for those yang tidak berjaya meperolehi keputusan yang cemerlang , uolls jangan sesekali BERPUTUS ASA okeyh .Uolls kena bangkit dan membuktikan bahawa orang yang kurang berjaya time Spm mampu berjaya seperti orang lain . Pokok pangkal , untuk melihat  kejayaan seseorang itu , ia hendak larh atas Kehendak , Usaha and Matlamat dalam diri untuk terus  berjaya . Mungkin ramai yang akan berfikir pelajar yang tidak berjaya time Spm , tidak boleh berjaya.. Who you are to say like that ? Kihkih . Bagi saya , persepsi tu boleh menyebabkan seseorang hilang semangat untuk berjaya . My opinion  , Orang yang kurang berjaya amat memerlukan sokongan yang padu daripada keluarga dan orang sekeliling . Mereka amat memerlukan sokong bukannya menyalahkan mereka . Ini sebab,  Rezeki , Takdir , Ajal Maut semuanya di tentukan Allah . Terima larh dengan hati yang redha dan terbuka. Dan sentiasa sematkan pemikiran positive dalam hidup .

Okeyh ,aku rasa macam dah jadi motivator pulak . Lol . Yang aku jelaskan tadi , itu juga termasuk dalam diri saya . And for those yang Still lagi  menanya result aku , Maaf kawan , saya jenis kedekut untuk bagitahu Result saya . Even gempak or tak gempak . Saya still tak nak bagitahu. And bagi siapa yang sudah tahu , diam diam saja okeyh :). 
Once again nak cakap congrats kepada semua calon spm 2012 yang berjaya . Congrats jugak bagi yang kurang berjaya . . Uolls dah buat yang terbaikk sekali . Should proud to yourself cause you already do the best . Cuma bukan rezeki masa tu . 
Okeyh !


PILIHAN UNTUK SAMBUNG PENGAJIAN KE MANA .

Ha ! aku rasa uolls pun ada masalah macam aku jugak kan ? Tak tawu nak sambung pengajian ke mana cause macam-macam tawaran yang kita dapat . Seriously confuse . Cause untuk sambung pengajian nie , kita kena ada minat untuk course apa yang kita nak ambil supaya time kerja nanti kita rasa seronok dengan kerja kita tu . So , now aku masih lagi dalam keadaan serba tak tahu nak sambung mana even banyak tawaran yang aku dapat . Still tunggu Ipta punya result . Dapat masuk ke tak . haiyaaa ! susah maa mawu buat keputusan macam nie . Just mampu berdoa apa pilihan yang terbaik and do Solat istikharoh  .



KES BULI YANG TERBARU 

Okeyh ! Seriously I say ,Ijat syafiq nie budak  unmatched and takde akal before buat sesuatu . Bajet samseng je . Walhal budak sekolah lagi . Still mentah . *Sorry to say* Bukan nak mengata , tapi kesian tengok mangsa buli tu yang dilakukan seperti sampah . Cuba larh bayangkan kalau salah seorang adik kita berada dalam keadaan macam tu , Of course uolls pasti akan bengang . Alhamdulilah , Kes buli nie dah dibawah kes polis .Biar budak tu diberi pengajaran dan hukuman yang setimpal dengan apa yang telah di buat pada mangsa buli . Tak pasal - pasal . Bajet Lan todak sangat larh kan . Seriously , aku kadang kadang malu dengan sikap orang melayu . Nilai murni and islam tak ditanamkan langsung dalam diri . As a muslim , kita kena tunjukkan akhlak yang baik yang mampu menjadikan diri kita sebagai seorang insan yang berguna .  Ini tidak , malah sebaliknya . Zaman sekarang bagi aku zaman yang sungguh sosial . Maybe kita tak nampak apa yang berlaku walhal macam macam berlaku dekat Malaysia nie . Malah ramai anak anak muda yang dah rosak .


Ini video kes buli tu . 


Kepada adik adik yang masih bersekolah , jangan contohi Ijat syafiq nie . Jangan cuba berlagak jadi  samseng di sekolah . Di sekolah tempat kita menuntut ilmu bukan untuk menjadi seorang yang samseng . Jadikan video ini sebagai satu pengajaran .


P/s : Setiap manusia tidak sempurna termasuk diri saya . Saya tak pernah cakap diri saya nie bagus . cuma  saya selalu sampaikan yang terbuku dalam hati ini . Berkaitan isu kes buli tu , sorry to say , aku kadang kadang malu dengan kaum aku sendiri yang tidak berperangai seperti seorang muslim . Jadi larh seorang pelajar islam yang berjaya dari segi akhlak , agama , ilmu , adab dan lain lain2 . Saya pun ada kelemahan and perlu baiki kelemahan saya sendiri . Uolls pun sama . Kenali diri sendiri . Berdoa dan Mengadu larh kepada Allah apa yang kita selalu hadapi .  Andai apa yang saya tulis agak terlalu over , minta saling tegur okey . Take it as positive.


Thank You For Reading This Entry .

Assalamualaikum - Ena



No comments:

Post a Comment