Friday, 4 January 2013

my super mum and my experiance

bismillahirahmanirahim.

assalamualaikum to all muslim and salam 1 malaysia to all of you.alhamdulilah,bersyukur kepada Allah s.w.t kerana masih lagi memberi kita peluang untuk hidup di dunia ini.so,uolls semua..kita dah pun tahu yang sekarang nie kita semua telah masuk ke tahun yang baru.alhamdulilah.terasa cepat sangat masa berlalu.dah secara sedar tak sedar umur kita semakin meningkat mean semakin tua uolls tahu tak!so,this is the first year aku tak bersekolah bukan kerana ponteng sekolah ye.salah tu.  aku nie dikategorikan sebagai budak lepasan spm.see!that's me!adakah muka saya ini sesuai dikatakan sebagai budak lepasan spm?OH NO!ramai tak percaya saya nie sudah 18 okey!nevermind,


jadi,sempena tahun baru nie kita mesti dah ada azam yang baru kan! tak kan uolls takde satu azam pon untuk 2013 nie ? menipu bonar namanya..azam baru saya tahun nie adalah....RAHSIA!*lols
jadi,akak disini mendoakan kejayaan adik-adik yang masih bersekolah terutama bagi yang bakal menduduki peperiksaan besar supaya mendapat keputusan yang cemerlang okey.

back to the topic..saya nak menceritakan pengalaman menjaga my lately mum..niat saya cuma ingin berkongsi dengan uolls semua..adakah itu salah?haha.rasanya tidak..jadi,sebagai seorang insan yang profesional kita kena berfikiran positve selalu okey ! 

this story happen time akhir  saya  form 3, lepas je saya habis sekolah untuk tahun 2010 bermula larh kerja saya sebagai seorang nurse yang bertauliah di rumah.bertauliah ke saya nie?haha.okeyh!saya kena jaga my lately mum  sebab masa tu my lately mum sakit . my mum ada sakit kanser . orang cakap kanser nie adalah penyakit keturunan. uolls can imagine tak bila tahu benda macam nie?seriouly saya cakap masa tu saya rasa macam nak mati . Allah je yang tawu. bila saya dapat tahu kami adik beradik menangis sebab takut kehilangan insan yang kami sayang..iye larhh.mana ada anak yang tak sayang ibunya melainkan anak derhaka right? betul kan saya cakap? biasanya larh kan majoriti anak lebih rapat daripada ibu berbanding ayah.itu larh tempat kita mencurah kasih sayang,menceritakan segala masalah..i really miss that moment..mana taknya,my mum rajin bekerja,memasak semuanya larh..even my mum seorang accountant yang profesional my mum boleh divide kan masa dengan betul.busy memang tak dapat nak dinafikan larh kan.sanggup bekorban masa demi anak-anaknya.im really touched :') even masa tu kami memang ada bibik tapi my mum tak terlalu mengharapkan sangat dekat bibik untuk melakukan semua benda.masakan mak adalah asakan yang terbaik bagi diri kita kan?siapa sokong? saya rasa semua anak akan cakap masakan yang paling sedap adalah masakan dari air tangan ibu kan?saya amat menyokong statement itu 1000 %.see!betapa sokongnya saya terhadap statement tu.then bila my mum dah start sakit..everthing CHANGE.memang susah nak menerima semua tu tetapi dah takdir and ujian kepada my mum and kami sekeluarga jadi kami redha dengan ujian Allah.when my mum buat rawatan for cancer sangat sedih..uolls mesti ada yang tahu kan setiap kali kita buat rawatan cancer contohnya macam kimoterapi semua tu ..and apa effect dia?almost everyday my dad and my mum berulang alik dari seremban ke pusat perubatan universiti malaya.(ppum).


Hanya Allah je yang tahu macam mana perasaan and apa yang my mum rasa.jadi kitorang adik beradik nie kalau ada waktu free or hari minggu and masa tu my mum ada rawatan kitorang semua akan ikut even hospital je.

before saya nak ceritakan pengalaman saya .let's me explain sikit pasal kanser nie okey!
kanser nie ada 100 jenis dan boleh berlaku dimana-mana bahagian badan.kanser boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur ,kedudukan atau keturunan.hampir tujuh puluh peratus kematian berkaitan kanser di negara ini.ada 5 jenis kanser yang famus di negara kita nie iaitu breast cancer,paru-paru,pangkal rahim,perut dan usus.ini adalah serba sikit about cancer.jadi bagi siapa yang ada keturunan like me sila jaga pemakanan anda dan amalkan larh gaya hidup yang sihat okey.!kurangkan makan makanan yang tak berkhasiat.ini arahan dari doktor ainaa..hehe..perasan betul.

okeyh!the war is begin.*lols*

seminggu before saya pergi aceh,kesihatan umi saya sedikit terganggu.jadi rasa serba salah pun ade nak pergi masa tu.then hari jumaat kalau tak salah,umi memang dah lemah masa tu.time subuh tiba-tiba umi terjatuh dari kerusi and tiba-tiba denyutan jantung umi berhenti selama 5 minit.Ya Allah,hanya Allah je yang tawu perasaan kami masa tu..nasib baik time tu baba and along aku kat sebelah umi aku.semua dah panik kitorang kol jiran minta tolong. while saya pergi kol makteh saya yang doktor tu minta tolong datang rumah cepat..air mata saya dah tak boleh nak berhenti masa tu..kitorang baca yassin sambil memohon kepada Allah agar panjangkan lagi umur umi aku..finally,alhamdulilah,tyme nak masuk dalam ambulans tu umi saya dah sedar..first time rasanya ambulans datang dekat rumah saya..rasa macam seram pun ada.then,masa kat hospital,Ya Allah betapa teruknya perkhidmatan hospital kerajaan saya cakap!teruk bin terung.umi saya dah lemah macam tu..dah kira emergency kes tapi boleh pulak pihak hospital tu lambat masuukan umi saya kat emergenya..perghh..menyirap masa tu..nasib baik kakak umi saya doktor..dia marah pihak hospital tu habis-habis..imagine kan,orang dah sakit teruk tapi biarkan dulu!boleh saman tu kalau apa terjadi..then,bila masukkan dalam emergency wad tu.umi saya dah stabil sikit.then makteh saya minta transfer ke kpj..alhamdulilah,segala perkhidmatan kat sana saya tabik..excellent siap!tapi masa dalam perjalanan nak ke kpj tu,denyutan jantung umi saya berhenti balik tapi dalam 1 minit macam tu..bila nak hantar kat emergency wad pun kena balik..tak tahu kenapa.tapi part yang saya tak boleh lupakan masa malam kat kpj tu,tiba-tiba denyutan jantung mak aku berhenti macam pagi jumaat tu..masa tu saya and baba jaga umi time tu..punya larh panik masa tu,doktor and makteh saya takde pulak masa tu,terpaksa pergi panggil nurse..then habis satu hospital tu  nurse  annouce mintak semua nurse pergi dekat wad umi saya tu..maybe masa tu kritikal kes kot. sbb doktor yang incharge and makteh aku takde sementara..tapi takkan sampai semua nurse nak dipanggil!tak ke pelik?then bila doktor dah check,takde pape pon..pelik kan?then baba pergi panggil ustaz untuk tolong umi saya masa tu..memang tak tidur malam tu..saya,along je yang bermalam di hosiptal tu.paling kesian sekali dari pagi jumaat tu until malam baba tak ade selera makan langsung and hampir pengsan.then,saya desak baba untuk makan sikit bagi ada tenaga..malam tu after ustaz tu dah balik alhamdulilah.umi saya semakin stabil.day before nak pergi aceh,umi dah okey dah boleh senyum,betapa gembiranya hati nie.seolah-olah saya adalah orang yang paling gembira di dunia apabila tengok umi dah boleh senyum and sihat balik:)jadi,umi saya suruh pergi aceh jugak dengan along walaupun hati sanagt berat nak tinggalkan umi saya  masa tu.tak tenang dibuatnya hati nie bila kita dekat negara asing while umi kita sedang sakit.so masa saya and along dekat aceh kitorang tak enjoy sangat.kitorang hanya mampu berdoa untuk umi dari jauh.balik je dari aceh alhamdulilah,kesihatan umi sihat.

secondly!
pengalaman masa cuci luka umi saya buat kali yang petama.honestly memang best sangat-sangat..seolah-olah kita nie dah jadi seorang nurse yang profesional.imaginekan,cuci luka pakai sarung tangan tu,then amik kapas  untuk letak apa ntah namanya..dah lupa sebab banyak sangat,,tapi ubat tu semua untuk cuci luka umi saya.tapi yang paling kena amik berat tu ,kena hati-hati bila cuci luka dekat area saluran darah..sebab ada satu insiden tu,masa tu saya and baba tengah cuci luka umi saya.then tiba-tiba macam terkasar sikit kot ada saluran darah tu pecah..Ya Allah,terpancut darah tu automatik..seolah-olah macam air kencing..hampir satu bilik tu penuh dengan darah..beytapa paniknya masa tu bila darah dah memancut laju.habis larh tangan and muka semua..tak tawu nak buat apa,baba amik kain untuk tahan sekuatnya darah tu daripada berhenti memancut while saya dengan kelam kabut pergi kol mkteh saya apa yang perlu buat...makkteh saya suruh baba tahan tempat darah yang mancut tu sampai makteh aku sampai.then bila makteh saya sampai terus bawa umi saya ke emergency wad dekat hospital colombia.nasib baik doktor cakap takde pape..cuma doktor just nasihatkan saya along and baba bila nak cuci luka tu kena hati-hati.alhamdulilah sangat-sangat :)
ha!ade satu tu jugak cuma saya and along je yang cuci luka umi.masa tu baba kurang sihat kot.then,saya cuci luka mak saya dan secara tiba-tiba darah terpancut habis macam insiden yang pertama tu.tapi tyme saya nie darah yang pancut tu tak sebanyak masa insiden yang pertama tu..jadi!bila dah ada pengalaman and tahu apa yang perlu buat,dengan secara spontan menyuruh along ambil kain untuk tahan darah tu terus pancut.then,terpaksa panggil baba untuk bawa umi ke hospital colombia again.memang penat larh dengar bebelan doktor tu tapi terpaksa dengar sebab itu memang salah kitorang pun.bayangkan masa tu saya form 3.maaf doktor.hikhik.bila dah sampai insiden nie dekat family umi memang kecoh larh kan..ye larh..semua sayang and risau pasal umi..tapi yang terpaksa menjawabnya saya and along.haishh..jadi jawab je larh soalan diorang selagi mampu.alhamdulilah.

1 minggu before hari yang pahit bagi kami sekeluarga..
my mum selalu duduk dengan kitorang,pergi dapur tolong wanteh and bibik masak..biasanya umi duduk je atas wheelchair sebab umi dah tak larat nak berjalan sangat. sebab masa tu umi agak lemah..then kitaorang gelak dengan umi and duduk depan tv sama-sama.okeyh!im really2 miss that moment :')
esok tu pulak my mum minta wanteh tolong bersihkan rambut guna syampu safi limau purut tu..my mum taknak syampu lain..so,pelik masa tu..then,wanteh pun tolong.
hari jumaat tusemua ada dekat rumah sebab malam tu ada kenduri.seetiap malam jumaat memang kitaorang ada buat kenduru ituk umi semoga cepat sembuh..so,umi suruh kemas rumah semua tu..baba suruh saya kemas bilik yang umi tidur.then,kemas larh bilik tu..biasa larh sya nie pandai decorate..hahahha..*sempat lagi nak gi tawu *
umi suruh letak tv dekat dalam bilik tu.tanpa membantah saya terus pergi ambil tv tu..then masa baba and adik lelaki saya semua solat jumaat my mum panggil ajak tengok tv sekali bersama-sama dalam bilik tu..Ya Allah betapa saya rindunya untuk melihat umi sihat seperti dulu.jadi saya borak and bergurau dengan my mum.tanpa tak disangka itu adalah kali terakhir saya tengok tv bersama and berborak bersama.malam tu kenduri untuk umi semoga dipanjangkan umur.alhamdulilah kenduri berjalan dengan lancar.malam tu blood pressure umi normal  sebab selalunya unnormal sebab my mum dah banyak kehilangan darah since insiden darah memancut banyak tu.jadi pelik malam tu.then,dah habis je kenduri selesai makcik2 saya suruh baba masukkan semua kerusi kedalam rumah tapi baba taknak..semua orang pelik kenapa.malam tu.then tanya baba,baba cakapget ready apa-apa ynag berlaku. bila tengah tidur tiba2 baba kejutkan semua adik beradik saya untuk baca yassin ramai2 sebab keadaan umi semakin lemah..Betapa takutnya time tu sebab takut kehilangan umi.hanya Allah je yang tahu bila baba dah suruh start baca yassin untuk umi.then subuh tu keadaan umi semakin kritikal and my mum semakin lemah baba suruh saya kol semua saudara mara untuk datang dan berkumpul ke rumah seolah-olah macam baba dah tahu apa yang akan berlaku.so,dengan nada yang tersekat-sekat pergi kol adik beradik umi untuk berkumpul.first sekali kol makteh saya yang doktor tu larh.bila makteh dah sampai then check my mum ustaz pun dah ada dekat sebelah umi while kami adik-beradik diminta berkumpul sekeliling umi.memang dah teresak-esak masa tu.then bila ustaz dah minta my mum ikut mengucap hati saya bagai nak mati..akhirnya pada 15 Januari 2011 pada pukul 7 lebih waktu pagi my mum telah meninggalakn kami selamnya..memang susah untuk menerima dugaan dan takdir seberat itu apabila insan yang paling kita sayang pergi meninggalkan kita selamanya..kami terpaksa redha semua tu.memang untuk percaya masa tu 100 % memang tak ada.still tak boleh terima hakikat.jadi itu larh dugaan yang paling berat untuk kami adik beradik.
Subhanallah,yang datang sembahyangkan my mum adalah sheikh muhammad fuad.bersyukur sangat-sangat kepada Allah kerana orang alim yang memandu sembahyangkan.memang ramai yang datang masa tu.until kereta parking sampai jambatan nak masuk rumah.honestly.shiekh fuad cakap tanda Allah kASih dan Sayng akan seseorang itu apabila ramai yang datang untuk solatkannya dan menziarahinya..semua ahli yayasan sofa cakap dekat baba yang baba nie beruntung sebab shiekh tolong imamkan solat tadi sebab jarang shiekh datang ke rumah ikhwan untuk solatkan jenazah..mungkin ini salah satu keberkatan umi ajin baca kitab shiekh.insyallah.
memang betul pun semua adik beradik sheikh turun hari tu..sangat terharu masa tu even masa tu hati nie sedang meronta-ronta.

"YA ALLAH SEMOGA IBUKU DITEMPATKAN DKALANGAN ORANG YANG BERIMAN,DIKALANGAN AHLI SYURGAMU DAN DIKALANGAN WANITA YANG SOLEHAH YA ALLAH".AMIN

Paling sedih tengok adik-adik saya yang kecik yang menanya umi mana masa tu.sampai adik saya anas terlalu merindui umi sehinggakan tidur dengan kain batik and baju umi..Ya Allah..sebab anas nie setiap malam akan cari kaki umi before tidur.sangat sedih..and tengok baba lagi larh..Hanya ALLAH je yang tahu segalanya masa tu.

itu je larh yang saya mampu kongsikan kepada uolls semua,.ini cuma sekadar pengalam and perkongsian sahaja..maaf andai ada yang salah.yang baik datangNYA dari Allah :)

moral of this entry,jagalarh ibubapa anda semua semasa mereka masih hidup.hormati larh mereka dan beri lrh kegembiraan kepada mereka.jaga larh mereka ketika sakit dan cari larh masa untuk menjaga and menziarahi parents kita walau sebusy mana sekalipun..buat larh mereka bahagia,gembira and bangga selagi mereka masih membuka mata :)

after update this entry i really2 miss my mum until jannah:")

remember uolls..ini semua sekadar perkongsian sahaja..:)
thank you for reading.

assalamualaikum.








No comments:

Post a Comment