bismillahirahmanirahim.
assalamualaikum semua ! salam 1 malaysia . and hye everyone . eeh ! apasal den nie terhyper happy sangat ! sungguh pelik kan ! maklum larh , dah naik berhabuk blog nie cause empunya blog nie malas nak taip panjang-panjang . *amboi , twitter tu boleh pulak duk mengadap tapi saya(blog) toleh pun tak nak * tengok ! dah bersungut blog saya nie . haha . asal boleh jer blog nak bersungut kan ?? INI SEMUA POYO ! so , uolls semua apa khabar ? semua sihat ? harap semuanya sihat ye . ha ! dah masuk bulan februari kan ! bagi budak lepasan spm macam saya nie mesti semakin berdebar kan ? OF COURSE larh berdebar kalau uolls nak tahu . penentu masa depan woo~ "semoga KAMI semua mendapat keputusan SPM yang cemerlang" . Amin . tengok ! kan dah termasuk sekali pasal result . kita dah beRusaha, jadi kita berserah je kepada ALLAH s.w.t okey :) insyallah .
okeyh! entry kali nie seperti biasa yang saya cakap . ia cuma sekadar perkongsian . hurmm.. nak start macam mana erk ? ermm.. *duk pikir jap* ha! uolls yang sebaya saya nie mesti ada yang tengah sibuk uruskan lesen kan ? lesen tu !! siapa je yang tak nak ada lesen kan? so , sekarang nie saya dah pun start sibuk belajar kereta dengan ayah kawan ayah saya . nama pakcik tu pakcik Ramlan and anak dia kawan saya . nama dia Jannah . * sempat jugak nak bagitawu nama * . banyak pengalaman bila kita dah pi kursus 5 jam , test computer , kursus 3 jam tu . ia sungguh memenatkan and macam2 jenis orang , saya jumpa . ini larh realiti sebenar sekarang . . jadi , apa yang saya nak ceritakan , semuanya pengalaman time dengar kursus 5 &3 jam , test , and praktis bawa kereta . tak rasa ke ayat saya nie macam terlalu bm sangat ?
haihh ....
-- kursus 5 jam --
Al kisah ~ toibbbbbbb .. *kasi happy sikit untuk uolls* hehe .
first sekali yang saya fikirkan masa tu pasal 5jam . 5 jam ! saya reply balik 5 jam ! apa je yang nak disampaikan sampai ambil masa 5 JAM ? memang bersungut masa tu .
macam nie larh ngupanya . haha . nasib baik ada 2 kawan saya pergi sekali . afiqah and anis . ada larh jugak gila2 sikit . pendekkan cerita , sampai je dekat inmaju labu tu , kitorang kena beratur cause nak amik cap jari . haishh ! leceh betul . kalau sikit orang takpe , nie punya larh ramai orang kat sana . jadi , secara terpaksa kena juga pergi beratur . Dah nama pun tempat awam mesti larh ramai kan ! selesai amik cap jari tu pergi larh masuk bilik kuliah 2 . bagi saya , penceramah dia time tu agak sedikit tegas . muka serius je . so, dengar je la apa yg disampaikan . 1 jam selepas tu mata nie dah start tergedik gedik mengantuk . nak curi tidur tak boleh cAUSE duduk dekat barisan number 2 . nanti kalau tidur kantoi tak pasal-pasal . so , saya duk menaham mata yang berapa kali dah berair . kesian mata saya nie . haha . and ada satu indians nie duk pandang belakang . dia duk depan kitorang . kuku dah larh panjang . eyewwwww okey!
time test computer .
cuak ! takut ! dah macam nak ambil spm je saya rasa . duk khusyuk baca and buat latihan mengalahkan study time spm dulu uolls tahu tak ! fiqah and anis pun duk khusyuk buat revise . actually my dad cabar saya . tu je . tunggu turn punya larh lama ! tuggu hampir nak 1 jam larh . before nak masuk bilik test tu kena ambil gambar and benda yang rasa sungguh segan adalah bila kena ambil gambar depan public . malu woo~ . serius malu . so , buat je la muka innocent . alhamdulilah , penantian hampir 1 jam tu sungguh berbaloi . alhamdulilah . lulus . hehe .
kursus Pra L .
time nie agak sedih sikit cause pergi sorang-sorang . biasanya ngan afiqah and anis . tapi bila fikirkan balik , sampai bila nak asyik berteman ! *kau kena berdikari sendiri AINAA! * then , tiba-tiba ketua kelas pun ada sekali . baru teringat! fikri pergi Pra L hari sabtu . tapi dia ngan member dia larh . nasib baik 3 jam je . boleh accept lagi . kalau 5 jam mau pengsan setahun kat situ . penceramah kali nie lain sikit . dia macam lawak larh jugak . dia suruh penuhkan seat kat depan . nasib baik saya memang dah duduk depan . dah tak hirau orang sekeliling . tiba -tiba ketua kelas duduk kat sebelah seat saya yang kosong . hahaha . naik kaku dibuatnya . sebelah kiri chinese . comel betul amoii tu . start je ceramah , penceramah tu buat lawak even ada lawak dia kadang2 tak lawak . so , budak kat dalam bilik tu pun layan je laa . then , ada part dia tanya soalan kat saya , suka hati je nama apa dia nak panggil . walhal nama saya Ainaa dia panggi Ain . fikri dah duk gelak je . then dia panggil fikri 'Wan' . betul pulak . hahaha . mata of coz mengantuk . wahai mata ! mengapa asyik asyik mengantuk ... then bila tyme amali dengar je la apa yg disampaikan . nasib baik amali sekejap jer.
almost 2 weeks .
first day start belajar bawa kereta .
secara jujurnya , saya memang tak pernah bawak kereta . pegang stereng tu ada larh . tapi bawa kereta NEVER ! reaksi pertama bila dah dapat Lesen L
YAY ! dah dapat lesen L . 5 minutes lepas tu lesen L je kot . bukannya boleh suka hati je bawa kereta tanpa ada orang pantau di sebelah . then , bila je dapat text dari pak cik ramlan .
message masuk - ( pak cik ramlan )
assalamualaikum , lesen L dah siap . besok start belajar . pukul 7.45 a.m tunggu di luar rumah.
terus rasa takut nak bawa kereta . actually saya fobia sebenarnya . nak tahu ke cerita dia kenapa ?
200 berapa entah , ada cousin saya nie ajar bawa motor . moto skutter . time dia ajar masa tu pulak ada event malam tu kat rumah . so, memang duk main ngan cousin tu je larh . bila dah macam teror sikit , saya try larh bawa motor tu then amik kaww ! akibat terpress minyak habis , saya terus terlanggar kereta ayah saya . sambil menjerit-jerit . hahaha . bila teringat balik kelakar pon ade . nasib baik tak luka pape cuma terseliuh je kaki sikit . dan secara serta mertanya dapat ceramah free dari semua orang . haha . tak reti nak bajet bawak ! sila terima padahnya ! haha .
after insiden tu , saya terus fobiaaaaaa nak bawak motor and promise tu myself tak nak bawa motor lagi dah . buktinya , baba suruh amik lesen motor tapi saya tetap berdegil tak nak amik lesen motor .
ini larh ceritanya .......................................... motor jahat ! *mengajuk selamanya ngan motor*
the day begin ! pergi inmaju untuk practice bawa kereta . azra pun ada sekali . again kena tunggu TURN! i hate that ! 3 hours tunggu dalam inmaju tu . mati kutu dibuatnya . dah larh tak breakfast , memang larh makanan ada jual tapi tak selera nak beli makanan kat situ . fuhh . nasib baik ada wifi free . layan la movie kat phone . orang yang duduk sebelah saya pun mengendeng2 nak tengok sekali * lempang kang ! *cakap camni cause orang yg nak tgk sekali tu lelaki . so , faham2 kan ? hehe . rimas nye pasal saya cari port yang takde orang . aman je hidup tapi tak lama pun , cause tiba2 ramai orang . nak amik pra L kot . then ada sorang apek china nie . im serius melting . handsome ! haha . kalah PARK JUNG SONG uolls tu . *dah kenapa pulak saya nie * tampar muka sendiri . LOL . dah larh duduk sebelah saya pulak tu sebab masa tu semua seat kat dalam pejabat tu dah penuh . tapi nasib baik dia dah pergi beberapa minit lepas tu .
then , azra panggil cause my turn pulak . dengan lafaz bismillahirahmanirahim , first pak cik ramlan tunjuk apa yang perlu tahu .
- betulkan kedudukan kerusi mengikut keselesaan and make sure kaki sampai untuk tekan brek, clash and minyak
- betulkan cermin .
- signals
- kedudukan stereng
- lampu
- free gear - ( for manual car )
- side mirror
ermm.. ntah . tu je kot. lupa larh . then , bila start pegang stereng . hahaha . cuak ! . honestly , bagi saya manual susah ! noktah ! kena tukar gear larh bagai . then nak tekan clash tu punya larh susah cause kena tekan habis2 . kalau tak tekan habis2 enjin akan mati secara tiba2 . time kat jalan lurus memang poyo gler bila bawak tapi paling kantoi sekali bila kereta berhenti then nak start untuk jalan balik . kalau manual , bila kita dah stop and nak jalan balik , clash kena lepaskan sikit2 and at the same time minyak pun kena tekan . yang saya nie pulak , pergi tekan minyak while clash automatik lepaskan habis . nak tahu tak apa jadi ? kereta tu bergegar2 . weyhh! cuak plus tribble takut masa tu . menjerit . hahaha . malu je ngan ayah jannah . orang first time kan . NORMAL !.jap! tapi takde larh over sangat jeit tu . jerit sikit je . macam nie lebih kurang reaksi dia . haha .
hahahah . baru sekali practice kat dalam inmaju tu ayah jannah dah suruh bawa kat jalan raya ! gochhh! JALAN RAYA ! dah larh banyak lori kat area tu . nasib baik confident time tu . tapi kesian kereta yang kat belakang larh . kena tunggu . maklum larh tengah belajar kan . sometimes , rasa macam orang paling 'stupid' je bila bawa kereta nie .
ada larh satu part nie , dekat jalan , kereta yg saya bawa nie kena berhenti cause masa tu ada baiki jalan. time nie jugak larh ada lori . so , bila nak jalan , AGAIN ! pergi tekan minyak while clash lepaskan habis , jadi ! bergegar2 kereta tu until ada kereta yang hon and pandang-pandang ! hahahaha . menjerit dalam kereta tu . bila teringatkan lawak giler ! malu je ngan ayah jannah .* lari cari bantal tutup muka cause malu * hahaha ini larh ngomannya orang yg baru tawu bawa kereta. manual plak tu . benci ! ade satu part tu pulak , tyme kat trafic light . Again! macam kat jalan tu .kereta bergegar2 bila nak start tu . honestly ! until now saya tak reti lagi bab nak start kereta then jalan ! tapi masa tu agak geram cause masa tu ada pekerja india kat side kiri tengah betulkan apa ntah . dia boleh pergi gelak-gelakkan !!! nak je bagi flying kick and penampar kat dorang *ayat gangster sudah keluar * hahah . ini semua poyo ! dear pekerja yang terlibat ! saya baru belajar okeyh !!!!! hahaha . adohh .macam2 bila saya belajar bawa kereta . nak tergelak pun ada and nak nangis pun ada . yang pasti semuanya kelakar ! for those yg aku dah cerita kat korang jangan nak gelakkan saya sangat . hahahha . nak pengsan belajar kereta nie woo~. tapi BEST ! ada je kawan yang saya dah cerita , semua gelakkan . how dare you guys nie ! and saya rasa settle lesen nie maybe nak dekat bulan 4 kot . lama nyeeee ~
FUHHHH..................................
terasa macam over panjang je entry nie . hope uolls enjoy this entry okey :) kalau kelakar sila gelak puas2 . hahahaha .
thank you for reading this entry .
--assalamualaikum---
thank you for reading this entry .
--assalamualaikum---
.jpg)

.jpg)
hey, nak tanya.. lesen L tu dapat sebelum start kursus pra L or selepas krsus tu??
ReplyDelete